JAWAPAN KUIZ


JAWAPAN TENTANG BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN

1.    Sejarah awal pendidkan di dunia adalah bermula sekolah, di Liverpool telah di buka pada tahun 1971, pada yang bermasalah penglihatan mereka di berikan didikan pada aspek ‘ Musik dan  seni mekanikal ‘ yang mana pendidikan tersebut memberi manfaat pada mereka dan negeri . Pada akhir abad ke 18 tiga lagi institusi di tubuhkan  di Bristol, Edinburgh dan London.  Pada saat ini institusi pendidikan untuk masalah penglihatan masih lagi bergabung dengan pendidikan  untuk kanak-kanak, yang mana melatih mereka untuk bekerja di sektor industri , memberi peluang pekerjaan pada sesetengah orang dewasa dan memberi pelindungan pada mereka. Pada tahun 1829, Louis Braille berhasrat menyatakan apakah  medium utama untuk menulis dan  membaca bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan, malah ianya juga adalah perkembangan yang memberi impak yang besar pada dunia pendidikan .
2.    Definisi masalah penglihatan dari aspek pendidikan ialah sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan, Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka  pencapaian mereka.
3.    Seterusnya definisi yang dikemukakan oleh  The World  Council for Welfare of The Welfareof the Blind melalui Hajah Hasnah (1998) mengenai masalah penglihatan adalah seperti berikut:  pertama tidak dapat melihat langsung. Kedua kebolehan melihat lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellan. Ketiga pula ialah penglihatan yang terhad kurang daripada 20 peratus.  Masalah penglihatan juga mempunyai beberapa tahap yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas.
4.    Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut iaitu teruk, sederhana, sangat teruk.  Bagi masalah penglihatan pada tahap sederhana, mereka masih mampu melihat cahaya dan menjalani aktiviti  dengan menggunakan alat bantuan seperti kanta. Bagi tahap teruk pula kanak-kanak memerlukan penggunaan tenaga dan masa dalam melakukan aktiviti malam yang berkaitan dengan penglihatan dan mobiliti walaupun mereka di bantu dengan alat bantuan khas.  Bagi tahap penglihatan yang sangat teruk pula, mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca, menulis dan mobilitinya pula harus bergantung pada deria-deria lain.
5.    Ciri-ciri yang boleh kita lihat pada pelajar bermasalah penglihatan ini pula dari segi rupa, ialah bebola mata selalu berputar-putar, tidak bertindak pada cahaya dan mata sellau bergerak-gerak. Mereka juga selalu mengadu sakit, pening kepala dan melihat imej yang berganda. Antara tingkah –laku yang kerap dilakukan ialah selalu memusingkan kepala, mengerut atau mengecilkan mata, kerap bercakap dan selalu menutup sebelah mata. Antara sebab yang menyebabkan mereka mengalami masalah penglihatan adalah kerana  baka, Rubella,sifilis atau komplikasi semasa hamil. Terdapat juga penilaian-penilaian yang dilakukan untuk menguji masalah penglihatan ini, contohnya seperti penilaian cahaya, menggunakan barang-barang yang besar, menggunakan manik-manik dan pelbagai lagi.
6.    Jenis-jenis masalah yang berkaitan dengan masalah penglihatan pula ialah, Astigmatisme , Myopia, Hyperopia, rabun warna, Strabismus, Diplopia,Gloucoma,Amblipia,Albanisme,Katarak. Bagi yang mengalami Myopia  ianya merupakan penyakit rabun mata yang paling lazim dikalangan kanak-kanak dan remaja dan ianay juga boleh disebabkan oleh faktor genetik.  Seterunya pula kanak-kanak mengalaminya kerna bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang dan menyebabkan kanak-kanak mengalami maslaah rabun dekat.Hal ini, menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagaian hadapan retina dan bukannay atas retina seperti yang sepatutya. Keadaan ini biasanya dikesan seawalnya ketika umur 6 tahun . Apabila meningkat umur perkara ini menjadi lebih serius ,namun ianya menjadi setabil apabila mencapai umur 20-40 tahun.   Hyperopia pula  dikenali juga sebagai  rabun jauh . Ianya terjadi kerana  kornea mata kurang melengkung dan bola mata terlalu pendek oleh itu menyebabkan  cahaya tertumpu pada bahagian belakang retina . Kanak-kanak  kecil lebih cenderung  untuk mengalami rabun jauh. Colour blindness juga di kenali sebagai rabun warna mempunyai persepsi warna yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.   Jika mereka yang mempunyai defek warna yang teruk, mereka boleh mengalami seperti ‘buta ‘ pada keseluruhan warna. Mereka  mengalami defek warna  nerah- hijau, biru- kuning.  Strabismus pula  berkeadaan dimana kedua-dua mata mereka terarah pada ttik yang berbeza dan mata mereka menyimpang pada sebelah keluar atau dalam bahagian mata . Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata.
7.    Sama dengan jawapan 5.

8.    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sokongan yang diterima dan halangan yang dihadapi oleh  pelajar-pelajar kurangupaya di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Data daripada pelajar kurang upaya pendengaran dan fizikal diperolehi secara bertulis, manakala data daripada pelajar kurang upaya penglihatan diperolehi melalui temubual yang dijalankan dengan mereka. Isu-isu yang dibangkitkan oleh pelajar-pelajar ini adalah dari segi kekurangan prasarana fizikal yang mesra-Orang Kurang Upaya (OKU), jurubahasa isyarat bagi pelajar kurang upaya pendengaran, komputer mesra-OKU, bantuan pencari maklumat diperpustakaan, kemudahan sistem pengangkutan mesra-OKU, kerenah birokrasi, keperluan kewangan  dan kekurangan empati dari segelintir warga kampus. Manakala daripada segi sokongan pula, para responden melaporkan bahawa mereka banyak bergantung dengan rakan-rakan rapat untuk membantu mereka semasa mengikuti kuliah bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran dan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi pelajar bermasalah penglihatan. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan bagi pelajar kurang upaya di IPTA di Malaysia, di antara cadangan yang dikemukakan oleh responden kajian ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh warga kampus mengenai cabaran serta keperluan mereka, serta menubuhkan suatu badan yang boleh menyampaikan keperluan mereka kepada pihak pentadbir universiti dan mengambil tindakan yang boleh mencipta persekitaran fizikal dan sosial yang lebih positif bagi mencapai potensi optimal mereka.

soalan kuiz spontan..

SOALAN TENTANG BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN

1 1-Bagaimanakah sejarah awal perkembangan pendidikan khas masalah penglihatan?
2- Apa itu definisi pendidikan khas masalah penglihatan?
3- Definisi pendidikan khas boleh didapati daripada beberapa sudut pandangan. Apakah sudut pandangan tersebut, serta huraikan.
4- Jelaskan tahap bagi masalah pendidikan khas masalah penglihatan?
5- Apakah ciri-ciri bagi masalah pendidikan khas masalah penglihatan?
6- Jelaskan masalah yang dihadapi oleh masalah khas ini?
7- Terdapat pelbagai ciri yang yang dapat dikenalpasti bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini.

8- Setiap penubuhan pasti mempunyai sokongan dan halangan yang tersendiri. Jelaskan serba sedikit tentang sokongan dan halangan yang dihadapi oleh mereka.

inilah kami...


RUJUKAN


Pengajaran dan pembelajaran. Diakses pada 9 september 2014. Dari          http://lisazadora.blogspot.com/2012/07/pendekatan-pengajaran-dan-pembelajaran.html

Pengajaran dan pembelajaran. Diakses pada 9 september 2014. Dari http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apa-itu-integriti-maksud-integriti.html

Pengajaran dan pembelajaran. Diakses pada 9 september 2014. Dari http://integritiguide.blogspot.com/p/penjelasan-etika-dan-integriti-adalah.html

Pengajaran dan pembelajaran. Diakses pada 9 september 2014. Dari http://www.slideshare.net/akmafauzia/masalah-penglihatan-25727872

Pengajaran dan pembelajaran. Diakses pada 9 september 2014. Dari http://ummusulaimmohd.blogspot.com/2012/06/masalah-penglihatan.html

Pengajaran dan pembelajaran. Diakses pada 9 september 2014. Dari http://ppkiblsmkkajangutama.blogspot.com/

mind map





PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.
                                           
                     Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas. Kumpulan mahupun secara individu. Berpandukan matlamat dan objektif dalam kurikulum ini, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah:

                               I.            PENDEKATAN ANALISIS TUGASAN

      Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:

Ó  Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan
Ó  Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih
Ó  Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil
Ó  Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid
Ó  Guru menjalankan analisis tugasan
Ó  Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiaran yang diajar
Ó  Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar

                            II.            PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
   Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah:

Ó  Aktiviti yang menyeronokkan
Ó  Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
Ó  Permainan bebas dan terancang
Ó  Keanjalan masa
Ó  Percubaan idea sendiri
Ó  Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian

                         III.            PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMA

      Pendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah yang bersesuaian dengan persekitaran murid.

                  Pendekatan Pengajaran Bertema melibatkan perkara-perkara berikut:

Ó  Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran
Ó  Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa
Ó  Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru diperoleh secara tersusun dan sistematik
Ó  Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran
Ó  Pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang lebih khusus

                     Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:

Ó  Kesesuaian dengan kehidupan murid
Ó  Peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulus, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.
Ó  Kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah
Ó  Sumber yang mudah didapati
Ó  Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam Pendekatan Pengajaran Bertema:

Ó  Sumbangsara berdasarkan topik oleh murid
Ó  Kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mempelajari isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna
Ó  Mencipta peta minda untuk tema
Ó  Merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
Ó  Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan dengan tema.

                         IV.     PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMIAN

      Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri.

Guru yang melaksanakan kaedah ini seharusnya menjalankan peranan berikut:

Ó  Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran
Ó  Menjelaskan peranan murid dalam tugasan
Ó  Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh
Ó  Menyusun sumber untuk proses pembelajaran
Ó  Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran
Ó  Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan mengongkong mereka



                  Prinsip-prinsip Pendekatan Pembelajaran Pengalamian ialah:

Ó  Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu serta kumpulan
Ó  Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid
Ó  Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan dijalankan dengan murid dan berbincang mengenai apa yang diharapkan daripada murid
Ó  Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu
Ó  Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan maklumat tentang apa yang dibuat atau dipelajari
Ó  Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti

                            V.     PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI

      Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid meguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan pendidikan berkualiti.

Keperluan-keperluan pelaksanaan Pendekatan pembelajaran Masteri ialah:

      Guru perlu menyedari bahawa:

*  murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain
*  murid memerlukan pendekatan pendidikan yang sesuai dan berkesan
*  murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan

Prinsip Asas Masteri

*  pembelajaran dipecahakan kepada unit yng lebih kecil supaya mudah untuk dikuasai
*  masa pengajaran perlu mencukupi untuk menguasai kemahiran
*  arahan guru perlu jelas

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

*   hasil pembelajaran perlu ditentukan
*   hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran
*   aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakan, berkesan, menarik dan menggembirakan
*   bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari
*   murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru
*   aktiviti pemuluhan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum menguasai aras masteri
*   aktiviti pengayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri

                         VI.     PENDEKATAN KOLABORASI

a)      LATIHAN KEMAHIRAN KERJA

            Latihan Kemahiran Kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan Kemahiran Kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

Ø  Latihan dalaman – berbentuk kerja projek.

Melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.
Contoh:

*         perkebunan dan penjualan hasil tanaman
*         aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek dan lain-lain.
*         memelihara ikan, burung dan lain-lain

Ø  Latihan kerja yang melibatkan luar atau kerja luar

            Mendapat barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu persekolahan. Membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil kraftangan murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual.

Ø  Latihan kerja sebenar

            Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempat sebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.




b)      BENGKEL TERLINDUNG

            Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu, menanam minat, memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.

            Di bengkel terlindung perlu ada:

*   penilaian kemahiran vokasional
*   latihan bekerja secara umum atau khusus
*   memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas
*   peluang untuk berekreasi
*   perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan
*   bekerja dalam jangkamasa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain

c)      PELBAGAI KAEDAH TERAPI

Ó  Terapi Pertuturan

Terapi pertuturan bertujuan untuk:

*   membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi
*   membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
*   melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu

            Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air, mengetap bibir dan sebagainya. Terapi pertuturan dijalankan oleh pakar pertuturan atau individu yang terlatih.
Ó  Terapi Fizikal  ( Fisioterapi)
 
           Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kercerdasan fizikal mengikut keutamaan.

Ó  Terapi Carakerja

           Terapi carakerja merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikaldan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional atau kerjaya.

Ó  Terapi  Muzik

           Terapi muzik bertujuan mententerakan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid. Terapi muzik digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis. Aktiviti yang dijalankan seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama. Murid melakukan gerakan menggunakan alatan untk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan melahirkan satu irama muzik yang tersusun.

                    VII.                                     AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH

Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk:

*   memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar
*   rekreasi
*   bersosialisasi dan berkomunikasi
*   aktiviti yang menggembirakan
*   penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
*   aktiviti bebas dan terancang

      Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti rekreasi yang melibatkan

*   lawatan
*   motivasi
*   perkhemahan
*   perkelahan
*   berkuda
*   berenang
*   aktiviti jual beli
*   lawatan sosial



SEJARAH AWALPENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN
Sejarah awal pendidkan di dunia adalah bermula sekolah, di Liverpool telah di buka pada tahun 1971, pada yang bermasalah penglihatan mereka di berikan didikan pada aspek ‘ Musik dan  seni mekanikal ‘ yang mana pendidikan tersebut memberi manfaat pada mereka dan negeri . Pada akhir abad ke 18 tiga lagi institusi di tubuhkan  di Bristol, Edinburgh dan London.  Pada saat ini institusi pendidikan untuk masalah penglihatan masih lagi bergabung dengan pendidikan  untuk kanak-kanak, yang mana melatih mereka untuk bekerja di sektor industri , memberi peluang pekerjaan pada sesetengah orang dewasa dan memberi pelindungan pada mereka. Pada tahun 1829, Louis Braille berhasrat menyatakan apakah  medium utama untuk menulis dan  membaca bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan, malah ianya juga adalah perkembangan yang memberi impak yang besar pada dunia pendidikan .
Badan kebajikan adalah pelopor utama yang berkerjasama membantu warga bermasalah penglihatan, pada tahun 1868 British dan ‘ Foreign Blind Association  adalah pengasas perkembangannya , seterusnya  dengan menjadi  ‘ Royal National Institute for the Blind’ .

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

1926
Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931
SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih diperkenalkan.
1963
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan.
1977
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh.
1984
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan Braille.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN
            Definisi masalah penglihatan dari aspek pendidikan ialah sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan, Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka  pencapaian mereka. Seterusnya definisi yang dikemukakan oleh  The World  Council for Welfare of The Welfareof the Blind melalui Hajah Hasnah (1998) mengenai masalah penglihatan adalah seperti berikut:  pertama tidak dapat melihat langsung. Kedua kebolehan melihat lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellan. Ketiga pula ialah penglihatan yang terhad kurang daripada 20 peratus.  Masalah penglihatan juga mempunyai beberapa tahap yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas.

DEFINISI DARI SUDUT PENDIDIKAN

Menurut Hasnah Udin (1988) dalam latihan Ilmiah Wirdaningyanti Hamzah (2006) menyatakan deminologi masalah penglihatan mengikut aspek pendidikan ialah :-
a) Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf-huruf biasa.
b) Buta pula ialah tidak dapat melihat langsung atau perlu kepada penggunaan Brailler untuk membaca.


DEFINISI DARI SUDUT PERUBATAN

The World Council for The Welfare of The Blind (1988) yang digunakan di Malaysia menyatakan cacat penglihatan ialah :-
a) Tidak dapat melihat langsung.
b) Kebolehan melihat tidak melebihi 6/60 atau 20/200 melalui ujian carta ‘ Snellar’.
c) Penglihatan terhad di mana medan penglihatan kurang daripada 20 darjah.

TAHAP MASALAH PENDIDIKAN KHAS
            Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut iaitu teruk, sederhana, sangat teruk.  Bagi masalah penglihatan pada tahap sederhana, mereka masih mampu melihat cahaya dan menjalani aktiviti  dengan menggunakan alat bantuan seperti kanta. Bagi tahap teruk pula kanak-kanak memerlukan penggunaan tenaga dan masa dalam melakukan aktiviti malam yang berkaitan dengan penglihatan dan mobiliti walaupun mereka di bantu dengan alat bantuan khas.  Bagi tahap penglihatan yang sangat teruk pula, mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca, menulis dan mobilitinya pula harus bergantung pada deria-deria lain.

JENIS MASALAH YANG DIHADAPI
Jenis-jenis masalah yang berkaitan dengan masalah penglihatan pula ialah, Astigmatisme , Myopia, Hyperopia, rabun warna, Strabismus, Diplopia,Gloucoma,Amblipia,Albanisme,Katarak. Bagi yang mengalami Myopia  ianya merupakan penyakit rabun mata yang paling lazim dikalangan kanak-kanak dan remaja dan ianay juga boleh disebabkan oleh faktor genetik.  Seterunya pula kanak-kanak mengalaminya kerna bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang dan menyebabkan kanak-kanak mengalami maslaah rabun dekat.Hal ini, menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagaian hadapan retina dan bukannay atas retina seperti yang sepatutya. Keadaan ini biasanya dikesan seawalnya ketika umur 6 tahun . Apabila meningkat umur perkara ini menjadi lebih serius ,namun ianya menjadi setabil apabila mencapai umur 20-40 tahun.   Hyperopia pula  dikenali juga sebagai  rabun jauh . Ianya terjadi kerana  kornea mata kurang melengkung dan bola mata terlalu pendek oleh itu menyebabkan  cahaya tertumpu pada bahagian belakang retina . Kanak-kanak  kecil lebih cenderung  untuk mengalami rabun jauh. Colour blindness juga di kenali sebagai rabun warna mempunyai persepsi warna yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.   Jika mereka yang mempunyai defek warna yang teruk, mereka boleh mengalami seperti ‘buta ‘ pada keseluruhan warna. Mereka  mengalami defek warna  nerah- hijau, biru- kuning.  Strabismus pula  berkeadaan dimana kedua-dua mata mereka terarah pada ttik yang berbeza dan mata mereka menyimpang pada sebelah keluar atau dalam bahagian mata . Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata.
 Seterusnya adalah Diplopia yang mana objek yang dilihat kelihatan berganda . Glaukoma pula adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair  yang terlalu tinggi dalam bebola mata. Hal ini disebabkan oleh ganguan oleh bendalir yang mengedar di dalam bola mata.  Justeru  tekanan yang tinggi menyebabkan kerosakan pada sel retina mata , sel saraf menyadi serabut dan akhirnya menyebabkan ruang mata menjadi sempit  dan ianya boleh menyebabkan kerosakan penglihatan mata.  Amblipia juga dikenali sebagai mata malas. Ianya merupakan ganguan semasa pekembangan penglihatan dan menyebabkan ketajaman mata berkurang  dan mata malas melakukan fungsinya. Untuk mengesannya dengan mengenal pasti  ganguan yang pada mata yang normal, baru mengetahui mata sebelah lagi malas melakukan fungsinya.   Albanisme pula adalah kerana tidak adanya pigmen melanin pada mata.  Albanisme ini di akibatkan oleh pewarisan alel gen resesi, mereka juga sensatif terhadap cahaya yang kuat dan penglihatan yang terbatas. sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.  Katarak pula, kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dpat menembusinya, keadaan ini menyebabkan penglihatan terjejas.

CIRI-CIRI MASALAH PENGLIHATAN
            Ciri-ciri yang boleh kita lihat pada pelajar bermasalah penglihatan ini pula dari segi rupa, ialah bebola mata selalu berputar-putar, tidak bertindak pada cahaya dan mata sellau bergerak-gerak. Mereka juga selalu mengadu sakit, pening kepala dan melihat imej yang berganda. Antara tingkah –laku yang kerap dilakukan ialah selalu memusingkan kepala, mengerut atau mengecilkan mata, kerap bercakap dan selalu menutup sebelah mata. Antara sebab yang menyebabkan mereka mengalami masalah penglihatan adalah kerana  baka, Rubella,sifilis atau komplikasi semasa hamil. Terdapat juga penilaian-penilaian yang dilakukan untuk menguji masalah penglihatan ini, contohnya seperti penilaian cahaya, menggunakan barang-barang yang besar, menggunakan manik-manik dan pelbagai lagi.

SOKONGAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI PELAJAR-PELAJAR KURANG UPAYA DI SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA.

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sokongan yang diterima dan halangan yang dihadapi oleh  pelajar-pelajar kurangupaya di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Data daripada pelajar kurang upaya pendengaran dan fizikal diperolehi secara bertulis, manakala data daripada pelajar kurang upaya penglihatan diperolehi melalui temubual yang dijalankan dengan mereka. Isu-isu yang dibangkitkan oleh pelajar-pelajar ini adalah dari segi kekurangan prasarana fizikal yang mesra-Orang Kurang Upaya (OKU), jurubahasa isyarat bagi pelajar kurang upaya pendengaran, komputer mesra-OKU, bantuan pencari maklumat diperpustakaan, kemudahan sistem pengangkutan mesra-OKU, kerenah birokrasi, keperluan kewangan  dan kekurangan empati dari segelintir warga kampus. Manakala daripada segi sokongan pula, para responden melaporkan bahawa mereka banyak bergantung dengan rakan-rakan rapat untuk membantu mereka semasa mengikuti kuliah bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran dan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi pelajar bermasalah penglihatan. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan bagi pelajar kurang upaya di IPTA di Malaysia, di antara cadangan yang dikemukakan oleh responden kajian ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh warga kampus mengenai cabaran serta keperluan mereka, serta menubuhkan suatu badan yang boleh menyampaikan keperluan mereka kepada pihak pentadbir universiti dan mengambil tindakan yang boleh mencipta persekitaran fizikal dan sosial yang lebih positif bagi mencapai potensi optimal mereka.
Copyright 2009 this all about us. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates