PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai
dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar
belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus
menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat
aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan,
bermakna dan menggembirakan.
Proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik
bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan
secara kelas. Kumpulan mahupun secara individu. Berpandukan matlamat dan
objektif dalam kurikulum ini, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan adalah:
I. PENDEKATAN ANALISIS TUGASAN
Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada
beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh
seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran
yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian
murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah
berikut:
Ó
Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap
keupayaan
Ó
Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih
Ó
Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil
Ó
Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan
kebolehan murid
Ó
Guru menjalankan analisis tugasan
Ó
Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai
kemahiaran yang diajar
Ó
Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat
menguasai kemahiran yang hendak diajar
II. PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid.
Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan
berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan,
pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin
tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar
yang ditekankan ialah:
Ó
Aktiviti yang menyeronokkan
Ó
Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
Ó
Permainan bebas dan terancang
Ó
Keanjalan masa
Ó
Percubaan idea sendiri
Ó
Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian
III. PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMA
Pendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah yang
bersesuaian dengan persekitaran murid.
Pendekatan Pengajaran Bertema
melibatkan perkara-perkara berikut:
Ó
Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran
Ó
Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau
peristiwa semasa
Ó
Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru
diperoleh secara tersusun dan sistematik
Ó
Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran
Ó
Pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang
lebih khusus
Pemilihan tema pula perlu
mengambil kira perkara-perkara di bawah:
Ó Kesesuaian
dengan kehidupan murid
Ó
Peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti
kemahiran asas mendengar, membaca, menulus, mengira, penggunaan komputer dan
lain-lain.
Ó
Kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid
mendapat kemahiran penyelesaian masalah
Ó
Sumber yang mudah didapati
Ó
Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan
serta meningkatkan pengetahuan murid
Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan
dalam Pendekatan Pengajaran Bertema:
Ó
Sumbangsara berdasarkan topik oleh murid
Ó
Kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid
mempelajari isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam
konteks yang bermakna
Ó
Mencipta peta minda untuk tema
Ó
Merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
Ó
Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan
berkaitan dengan tema.
IV. PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMIAN
Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan
keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana
murid diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri.
Guru yang melaksanakan kaedah ini
seharusnya menjalankan peranan berikut:
Ó
Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran
Ó
Menjelaskan peranan murid dalam tugasan
Ó
Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh
Ó
Menyusun sumber untuk proses pembelajaran
Ó
Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran
Ó
Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan
mengongkong mereka
Prinsip-prinsip Pendekatan
Pembelajaran Pengalamian ialah:
Ó
Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu serta kumpulan
Ó
Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid
Ó
Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan dijalankan
dengan murid dan berbincang mengenai apa yang diharapkan daripada murid
Ó
Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan
kemahiran baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu
Ó
Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan
maklumat tentang apa yang dibuat atau dipelajari
Ó
Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran
yang baru dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti
V. PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran untuk memastikan semua murid meguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk
menghasilkan pendidikan berkualiti.
Keperluan-keperluan pelaksanaan Pendekatan
pembelajaran Masteri ialah:
Guru perlu menyedari bahawa:
*
murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama
lain
*
murid memerlukan pendekatan pendidikan yang sesuai dan berkesan
*
murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan
Prinsip Asas Masteri
*
pembelajaran dipecahakan kepada unit yng lebih kecil supaya mudah untuk
dikuasai
*
masa pengajaran perlu mencukupi untuk menguasai kemahiran
*
arahan guru perlu jelas
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
*
hasil pembelajaran perlu ditentukan
*
hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran
*
aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakan, berkesan,
menarik dan menggembirakan
*
bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap penguasaan
murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari
*
murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baru
*
aktiviti pemuluhan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum menguasai
aras masteri
*
aktiviti pengayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai
aras masteri
VI. PENDEKATAN KOLABORASI
a)
LATIHAN KEMAHIRAN KERJA
Latihan Kemahiran Kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi
kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan
pekerjaan dalam kehidupan. Latihan Kemahiran Kerja boleh dibahagikan kepada
tiga bentuk iaitu:
Ø
Latihan dalaman – berbentuk kerja projek.
Melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang
telah dirancang dengan baik.
Contoh:
*
perkebunan dan penjualan hasil tanaman
*
aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek dan
lain-lain.
*
memelihara ikan, burung dan lain-lain
Ø
Latihan kerja yang melibatkan luar atau kerja luar
Mendapat barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam
waktu persekolahan. Membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil kraftangan
murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual.
Ø
Latihan kerja sebenar
Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci
kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Murid-murid dihantar
bekerja di tempat sebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.
b)
BENGKEL TERLINDUNG
Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman, latihan,
penilaian dan pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat
bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau
yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan
dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil pengeluaran tetapi
lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu, menanam minat, memenuhi
keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.
Di bengkel terlindung perlu ada:
*
penilaian kemahiran vokasional
*
latihan bekerja secara umum atau khusus
*
memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas
*
peluang untuk berekreasi
*
perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan
* bekerja
dalam jangkamasa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain
c)
PELBAGAI KAEDAH TERAPI
Ó
Terapi Pertuturan
Terapi pertuturan bertujuan untuk:
*
membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi
*
membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
*
melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan
asas tertentu
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan lisan, meniup
belon, meniup kertas di atas air, mengetap bibir dan sebagainya. Terapi
pertuturan dijalankan oleh pakar pertuturan atau individu yang terlatih.
Ó
Terapi Fizikal ( Fisioterapi)
Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid
pendidikan khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah
kawalan motor. Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi
perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kercerdasan
fizikal mengikut keutamaan.
Ó
Terapi Carakerja
Terapi carakerja merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu
individu bermasalah fizikaldan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima
yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan
otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional atau
kerjaya.
Ó
Terapi Muzik
Terapi muzik bertujuan mententerakan murid supaya bersedia untuk
belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian
murid. Terapi muzik digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang
terapis. Aktiviti yang dijalankan seperti pergerakan bebas mengikut irama
muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta
menghayati irama. Murid melakukan gerakan menggunakan alatan untk menghasilkan
bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan melahirkan satu irama muzik
yang tersusun.
VII. AKTIVITI
LUAR BILIK DARJAH
Aktiviti ini dijalankan di luar waktu
pembelajaran, bertujuan untuk:
*
memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar
*
rekreasi
*
bersosialisasi dan berkomunikasi
*
aktiviti yang menggembirakan
*
penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
*
aktiviti bebas dan terancang
Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti
rekreasi yang melibatkan
*
lawatan
*
motivasi
*
perkhemahan
*
perkelahan
*
berkuda
*
berenang
*
aktiviti jual beli
*
lawatan sosial