JAWAPAN KUIZ


JAWAPAN TENTANG BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN

1.    Sejarah awal pendidkan di dunia adalah bermula sekolah, di Liverpool telah di buka pada tahun 1971, pada yang bermasalah penglihatan mereka di berikan didikan pada aspek ‘ Musik dan  seni mekanikal ‘ yang mana pendidikan tersebut memberi manfaat pada mereka dan negeri . Pada akhir abad ke 18 tiga lagi institusi di tubuhkan  di Bristol, Edinburgh dan London.  Pada saat ini institusi pendidikan untuk masalah penglihatan masih lagi bergabung dengan pendidikan  untuk kanak-kanak, yang mana melatih mereka untuk bekerja di sektor industri , memberi peluang pekerjaan pada sesetengah orang dewasa dan memberi pelindungan pada mereka. Pada tahun 1829, Louis Braille berhasrat menyatakan apakah  medium utama untuk menulis dan  membaca bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan, malah ianya juga adalah perkembangan yang memberi impak yang besar pada dunia pendidikan .
2.    Definisi masalah penglihatan dari aspek pendidikan ialah sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan, Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka  pencapaian mereka.
3.    Seterusnya definisi yang dikemukakan oleh  The World  Council for Welfare of The Welfareof the Blind melalui Hajah Hasnah (1998) mengenai masalah penglihatan adalah seperti berikut:  pertama tidak dapat melihat langsung. Kedua kebolehan melihat lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellan. Ketiga pula ialah penglihatan yang terhad kurang daripada 20 peratus.  Masalah penglihatan juga mempunyai beberapa tahap yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas.
4.    Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut iaitu teruk, sederhana, sangat teruk.  Bagi masalah penglihatan pada tahap sederhana, mereka masih mampu melihat cahaya dan menjalani aktiviti  dengan menggunakan alat bantuan seperti kanta. Bagi tahap teruk pula kanak-kanak memerlukan penggunaan tenaga dan masa dalam melakukan aktiviti malam yang berkaitan dengan penglihatan dan mobiliti walaupun mereka di bantu dengan alat bantuan khas.  Bagi tahap penglihatan yang sangat teruk pula, mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca, menulis dan mobilitinya pula harus bergantung pada deria-deria lain.
5.    Ciri-ciri yang boleh kita lihat pada pelajar bermasalah penglihatan ini pula dari segi rupa, ialah bebola mata selalu berputar-putar, tidak bertindak pada cahaya dan mata sellau bergerak-gerak. Mereka juga selalu mengadu sakit, pening kepala dan melihat imej yang berganda. Antara tingkah –laku yang kerap dilakukan ialah selalu memusingkan kepala, mengerut atau mengecilkan mata, kerap bercakap dan selalu menutup sebelah mata. Antara sebab yang menyebabkan mereka mengalami masalah penglihatan adalah kerana  baka, Rubella,sifilis atau komplikasi semasa hamil. Terdapat juga penilaian-penilaian yang dilakukan untuk menguji masalah penglihatan ini, contohnya seperti penilaian cahaya, menggunakan barang-barang yang besar, menggunakan manik-manik dan pelbagai lagi.
6.    Jenis-jenis masalah yang berkaitan dengan masalah penglihatan pula ialah, Astigmatisme , Myopia, Hyperopia, rabun warna, Strabismus, Diplopia,Gloucoma,Amblipia,Albanisme,Katarak. Bagi yang mengalami Myopia  ianya merupakan penyakit rabun mata yang paling lazim dikalangan kanak-kanak dan remaja dan ianay juga boleh disebabkan oleh faktor genetik.  Seterunya pula kanak-kanak mengalaminya kerna bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang dan menyebabkan kanak-kanak mengalami maslaah rabun dekat.Hal ini, menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagaian hadapan retina dan bukannay atas retina seperti yang sepatutya. Keadaan ini biasanya dikesan seawalnya ketika umur 6 tahun . Apabila meningkat umur perkara ini menjadi lebih serius ,namun ianya menjadi setabil apabila mencapai umur 20-40 tahun.   Hyperopia pula  dikenali juga sebagai  rabun jauh . Ianya terjadi kerana  kornea mata kurang melengkung dan bola mata terlalu pendek oleh itu menyebabkan  cahaya tertumpu pada bahagian belakang retina . Kanak-kanak  kecil lebih cenderung  untuk mengalami rabun jauh. Colour blindness juga di kenali sebagai rabun warna mempunyai persepsi warna yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.   Jika mereka yang mempunyai defek warna yang teruk, mereka boleh mengalami seperti ‘buta ‘ pada keseluruhan warna. Mereka  mengalami defek warna  nerah- hijau, biru- kuning.  Strabismus pula  berkeadaan dimana kedua-dua mata mereka terarah pada ttik yang berbeza dan mata mereka menyimpang pada sebelah keluar atau dalam bahagian mata . Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata.
7.    Sama dengan jawapan 5.

8.    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sokongan yang diterima dan halangan yang dihadapi oleh  pelajar-pelajar kurangupaya di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Data daripada pelajar kurang upaya pendengaran dan fizikal diperolehi secara bertulis, manakala data daripada pelajar kurang upaya penglihatan diperolehi melalui temubual yang dijalankan dengan mereka. Isu-isu yang dibangkitkan oleh pelajar-pelajar ini adalah dari segi kekurangan prasarana fizikal yang mesra-Orang Kurang Upaya (OKU), jurubahasa isyarat bagi pelajar kurang upaya pendengaran, komputer mesra-OKU, bantuan pencari maklumat diperpustakaan, kemudahan sistem pengangkutan mesra-OKU, kerenah birokrasi, keperluan kewangan  dan kekurangan empati dari segelintir warga kampus. Manakala daripada segi sokongan pula, para responden melaporkan bahawa mereka banyak bergantung dengan rakan-rakan rapat untuk membantu mereka semasa mengikuti kuliah bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran dan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi pelajar bermasalah penglihatan. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan bagi pelajar kurang upaya di IPTA di Malaysia, di antara cadangan yang dikemukakan oleh responden kajian ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh warga kampus mengenai cabaran serta keperluan mereka, serta menubuhkan suatu badan yang boleh menyampaikan keperluan mereka kepada pihak pentadbir universiti dan mengambil tindakan yang boleh mencipta persekitaran fizikal dan sosial yang lebih positif bagi mencapai potensi optimal mereka.

soalan kuiz spontan..

SOALAN TENTANG BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN

1 1-Bagaimanakah sejarah awal perkembangan pendidikan khas masalah penglihatan?
2- Apa itu definisi pendidikan khas masalah penglihatan?
3- Definisi pendidikan khas boleh didapati daripada beberapa sudut pandangan. Apakah sudut pandangan tersebut, serta huraikan.
4- Jelaskan tahap bagi masalah pendidikan khas masalah penglihatan?
5- Apakah ciri-ciri bagi masalah pendidikan khas masalah penglihatan?
6- Jelaskan masalah yang dihadapi oleh masalah khas ini?
7- Terdapat pelbagai ciri yang yang dapat dikenalpasti bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini.

8- Setiap penubuhan pasti mempunyai sokongan dan halangan yang tersendiri. Jelaskan serba sedikit tentang sokongan dan halangan yang dihadapi oleh mereka.

inilah kami...


Copyright 2009 this all about us. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates