SEJARAH AWALPENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN
Sejarah
awal pendidkan di dunia adalah bermula sekolah, di Liverpool telah di buka pada
tahun 1971, pada yang bermasalah penglihatan mereka di berikan didikan pada
aspek ‘ Musik dan seni mekanikal ‘ yang
mana pendidikan tersebut memberi manfaat pada mereka dan negeri . Pada akhir
abad ke 18 tiga lagi institusi di tubuhkan
di Bristol, Edinburgh dan London.
Pada saat ini institusi pendidikan untuk masalah penglihatan masih lagi
bergabung dengan pendidikan untuk
kanak-kanak, yang mana melatih mereka untuk bekerja di sektor industri ,
memberi peluang pekerjaan pada sesetengah orang dewasa dan memberi pelindungan
pada mereka. Pada tahun 1829, Louis Braille berhasrat menyatakan apakah medium utama untuk menulis dan membaca bagi kanak-kanak bermasalah
penglihatan, malah ianya juga adalah perkembangan yang memberi impak yang besar
pada dunia pendidikan .
Badan
kebajikan adalah pelopor utama yang berkerjasama membantu warga bermasalah
penglihatan, pada tahun 1868 British dan ‘ Foreign Blind Association adalah pengasas perkembangannya ,
seterusnya dengan menjadi ‘ Royal National Institute for the Blind’ .
Perkembangan Pendidikan Khas mengikut
jenis adalah seperti berikut:
|
1926
|
Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St.
Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
|
|
|
1931
|
SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau
Pinang
|
|
|
1948
|
Pembukaan SRPK Princess Elizabeth
dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM)
|
|
|
1953
|
Pembukaan Institut Taman Harapan,
Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
|
|
|
1958
|
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat
Pertanian, Sandakan (JKM)
|
|
|
1962
|
Rancangan percantuman bagi pendidikan
kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih diperkenalkan.
|
|
|
1963
|
Rancangan percantuman bagi pendidikan
kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan.
|
|
|
1977
|
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam
bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
|
|
|
1978
|
Penubuhan Jawatankuasa Utama
Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
|
|
|
1983
|
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama
Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh. |
|
|
1984
|
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille
AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan
Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan
untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan Braille.
|
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN
Definisi masalah penglihatan dari
aspek pendidikan ialah sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas
kerana masalah penglihatan, Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu
mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat
mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka pencapaian mereka. Seterusnya definisi yang
dikemukakan oleh The World Council for Welfare of The Welfareof the
Blind melalui Hajah Hasnah (1998) mengenai masalah penglihatan adalah seperti
berikut: pertama tidak dapat melihat
langsung. Kedua kebolehan melihat lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui
Ujian Snellan. Ketiga pula ialah penglihatan yang terhad kurang daripada 20
peratus. Masalah penglihatan juga
mempunyai beberapa tahap yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad
ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan
khas.
DEFINISI
DARI SUDUT PENDIDIKAN
Menurut
Hasnah Udin (1988) dalam latihan Ilmiah Wirdaningyanti Hamzah (2006) menyatakan
deminologi masalah penglihatan mengikut aspek pendidikan ialah :-
a)
Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca
dan melihat huruf-huruf biasa.
b)
Buta pula ialah tidak dapat melihat langsung atau perlu kepada penggunaan
Brailler untuk membaca.
DEFINISI
DARI SUDUT PERUBATAN
The
World Council for The Welfare of The Blind (1988) yang digunakan di Malaysia
menyatakan cacat penglihatan ialah :-
a)
Tidak dapat melihat langsung.
b)
Kebolehan melihat tidak melebihi 6/60 atau 20/200 melalui ujian carta ‘
Snellar’.
c)
Penglihatan terhad di mana medan penglihatan kurang daripada 20 darjah.
TAHAP MASALAH PENDIDIKAN KHAS
Terdapat beberapa tahap masalah
penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low
vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas.
Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut iaitu teruk, sederhana,
sangat teruk. Bagi masalah penglihatan
pada tahap sederhana, mereka masih mampu melihat cahaya dan menjalani aktiviti dengan menggunakan alat bantuan seperti
kanta. Bagi tahap teruk pula kanak-kanak memerlukan penggunaan tenaga dan masa
dalam melakukan aktiviti malam yang berkaitan dengan penglihatan dan mobiliti
walaupun mereka di bantu dengan alat bantuan khas. Bagi tahap penglihatan yang sangat teruk
pula, mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran melakukan aktiviti visual
seperti membaca, menulis dan mobilitinya pula harus bergantung pada deria-deria
lain.
JENIS MASALAH YANG DIHADAPI
Jenis-jenis
masalah yang berkaitan dengan masalah penglihatan pula ialah, Astigmatisme ,
Myopia, Hyperopia, rabun warna, Strabismus,
Diplopia,Gloucoma,Amblipia,Albanisme,Katarak. Bagi yang mengalami Myopia ianya merupakan penyakit rabun mata yang
paling lazim dikalangan kanak-kanak dan remaja dan ianay juga boleh disebabkan
oleh faktor genetik. Seterunya pula
kanak-kanak mengalaminya kerna bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola
mata yang terlalu panjang dan menyebabkan kanak-kanak mengalami maslaah rabun
dekat.Hal ini, menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagaian hadapan retina dan
bukannay atas retina seperti yang sepatutya. Keadaan ini biasanya dikesan
seawalnya ketika umur 6 tahun . Apabila meningkat umur perkara ini menjadi
lebih serius ,namun ianya menjadi setabil apabila mencapai umur 20-40 tahun. Hyperopia pula dikenali juga sebagai rabun jauh . Ianya terjadi kerana kornea mata kurang melengkung dan bola mata
terlalu pendek oleh itu menyebabkan cahaya
tertumpu pada bahagian belakang retina . Kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk mengalami rabun jauh. Colour blindness
juga di kenali sebagai rabun warna mempunyai persepsi warna yang berbeza dengan
orang yang mempunyai penglihatan normal.
Jika mereka yang mempunyai defek warna yang teruk, mereka boleh
mengalami seperti ‘buta ‘ pada keseluruhan warna. Mereka mengalami defek warna nerah- hijau, biru- kuning. Strabismus pula berkeadaan dimana kedua-dua mata mereka
terarah pada ttik yang berbeza dan mata mereka menyimpang pada sebelah keluar
atau dalam bahagian mata . Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh memfokuskan
objek yang sama pada kedua-dua belah mata.
Seterusnya adalah Diplopia yang mana objek
yang dilihat kelihatan berganda . Glaukoma pula adalah sejenis kerosakan mata
yang disebabkan oleh tekanan cecair yang
terlalu tinggi dalam bebola mata. Hal ini disebabkan oleh ganguan oleh bendalir
yang mengedar di dalam bola mata.
Justeru tekanan yang tinggi
menyebabkan kerosakan pada sel retina mata , sel saraf menyadi serabut dan
akhirnya menyebabkan ruang mata menjadi sempit
dan ianya boleh menyebabkan kerosakan penglihatan mata. Amblipia juga dikenali sebagai mata malas.
Ianya merupakan ganguan semasa pekembangan penglihatan dan menyebabkan
ketajaman mata berkurang dan mata malas
melakukan fungsinya. Untuk mengesannya dengan mengenal pasti ganguan yang pada mata yang normal, baru
mengetahui mata sebelah lagi malas melakukan fungsinya. Albanisme pula adalah kerana tidak adanya
pigmen melanin pada mata. Albanisme ini di
akibatkan oleh pewarisan alel gen resesi, mereka juga sensatif terhadap cahaya
yang kuat dan penglihatan yang terbatas. sejenis kerosakan mata yang
menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.
Katarak pula, kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dpat
menembusinya, keadaan ini menyebabkan penglihatan terjejas.
CIRI-CIRI MASALAH PENGLIHATAN
Ciri-ciri yang boleh kita lihat pada
pelajar bermasalah penglihatan ini pula dari segi rupa, ialah bebola mata
selalu berputar-putar, tidak bertindak pada cahaya dan mata sellau
bergerak-gerak. Mereka juga selalu mengadu sakit, pening kepala dan melihat imej
yang berganda. Antara tingkah –laku yang kerap dilakukan ialah selalu
memusingkan kepala, mengerut atau mengecilkan mata, kerap bercakap dan selalu
menutup sebelah mata. Antara sebab yang menyebabkan mereka mengalami masalah
penglihatan adalah kerana baka,
Rubella,sifilis atau komplikasi semasa hamil. Terdapat juga penilaian-penilaian
yang dilakukan untuk menguji masalah penglihatan ini, contohnya seperti
penilaian cahaya, menggunakan barang-barang yang besar, menggunakan manik-manik
dan pelbagai lagi.
SOKONGAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI PELAJAR-PELAJAR KURANG UPAYA DI
SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA.
Kajian
ini dijalankan untuk mengenal pasti sokongan yang diterima dan halangan yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar
kurangupaya di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Data
daripada pelajar kurang upaya pendengaran dan fizikal diperolehi secara
bertulis, manakala data daripada pelajar kurang upaya penglihatan diperolehi
melalui temubual yang dijalankan dengan mereka. Isu-isu yang dibangkitkan oleh
pelajar-pelajar ini adalah dari segi kekurangan prasarana fizikal yang
mesra-Orang Kurang Upaya (OKU), jurubahasa isyarat bagi pelajar kurang upaya
pendengaran, komputer mesra-OKU, bantuan pencari maklumat diperpustakaan, kemudahan
sistem pengangkutan mesra-OKU, kerenah birokrasi, keperluan kewangan dan kekurangan empati dari segelintir warga
kampus. Manakala daripada segi sokongan pula, para responden melaporkan bahawa
mereka banyak bergantung dengan rakan-rakan rapat untuk membantu mereka semasa
mengikuti kuliah bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran dan untuk bergerak
dari satu tempat ke satu tempat bagi pelajar bermasalah penglihatan. Untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan bagi pelajar kurang upaya di IPTA
di Malaysia, di antara cadangan yang dikemukakan oleh responden kajian ini
adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh warga kampus
mengenai cabaran serta keperluan mereka, serta menubuhkan suatu badan yang
boleh menyampaikan keperluan mereka kepada pihak pentadbir universiti dan
mengambil tindakan yang boleh mencipta persekitaran fizikal dan sosial yang
lebih positif bagi mencapai potensi optimal mereka.








0 comments:
Post a Comment